Post
Topic
Board Other languages/locations
Re: Malaysia
by
PenMerahDotCom
on 04/03/2018, 20:06:42 UTC
Sebenarnya thread Malaysia ne tak boleh post Announcement macam ne, tapi setakat ne macam tiada apa tindakan apa-apa, mungkin boleh minta Moderator ubah peraturan la sebab untuk galakkan komuniti malaysia berinteraksi lebih aktif di sini

Kenapa pos macam ni tak boleh? Saya newbie, baru belajar dan agak kurang arif.  Berdasarkan kepahaman saya, thread ni untuk "Communities that don't have their own board", seperti Malaysia.  Betul jugak kata brader tu, pos tu dalam bahasa Malaysia jadi ada kena mengena dengan Malaysia.  Saya pun sebenarnya interested nak join bounty program Blok ni, nampak macam ada potensi untuk  boleh buat duit.  Kalau brader Jitra tu tak pos, saya tak akan dapat tahu pasal program bounty ICO ni.  Nak invest tak ada duit.  Memanglah ditulis, "Translated announcements are prohibited unless locally relevant," tapi apakah maksud "locally relevant" tu.  Pada saya kalau pos tu dalam bahasa Malaysia, maka ia adalah locally relevant.  Saya bukannya tak pandai dalam bahasa Inggeris, tapi lebih suka baca dalam bahasa Melayu.  Pos kat sini pun kebanyakannya tak ada kualiti.  Kalau semua pos cuma dari individu saya rasa thread ni akan jadi boring.  Nak berbincang tentang subjek apa kalau peraturan terlalu ketat dan mengonkong, mungkin ada members yang cuma sekali sahaja buat pos di sini.  Saya selalu juga baca pos Indonesia, ntah apa-apa tapi seronok baca.  Sebelum ni saya pun ada nampak beberapa pos announcement dalam bahasa Indonesia di thread Malaysia ni, tapi tak ada pun orang yang komplain (tapi rasanya dah tak nampak lagi mungkin dah kena delete).  Daripada minta Moderator ubah peraturan lebih baik minta moderator create local child board khas untuk Malaysia.